SUK Selangor Akhirnya Angkat Sumpah Simpan Rahsia

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi, akan mengangkat sumpah simpan rahsia dihadapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, minggu depan.

Bagaimanapun, Abdul Khalid enggan menyatakan tarikh sebenar majlis itu, sebaliknya menyatakan beberapa perkara perlu dibincang terlebih dulu sebelum ia diadakan.

Katanya, ini kerana Mohd Khusrin tidak akan dibenarkan menghadiri mesyuarat tertentu walaupun sudah mengangkat sumpah simpan rahsia.
"Ini bermakna selepas ini akan ada dua mesyuarat exco iaitu yang boleh dihadiri Khusrin dan satu lagi beliau tidak boleh ada. Sebab itu sekarang ini EXCO kerajaan negeri sedang teliti yang mana Khusrin boleh ada dan tidak boleh ada," katanya.

Berita Harian difahamkan majlis berkenaan akan diadakan Rabu depan, iaitu selepas mesyuarat mingguan EXCO.

Sumber Berita Harin Online