Para karyawan seharusnya menyemak diri mereka mengapa radio tempatan terutama radio swasta tidak menyiarkan lagu mereka

Mereka boleh terimakah kalau dikatakan karyawan tempatan adalah salah sendiri mengapa karya – karya tidak disiarkan, sebaliknya radio tempatan lebih dengan artis-artis luar, mengapa?

Pengalaman saya bahawa pihak karyawan menggunakan alasan undang-undang hakcipta untuk menghalang siaran lagu-lagu tempatan samada di radio, khalayak mahupun majlis lain.

Pernah mereka tuduh saya dan mereka meminta bayaran apa-apa apabila kerajaan (Jabatan Perdana Menteri) menggunakan lagu lama tempatan dalam acara persembahan majlis makan malam pada tahun 2005 dahulu.

Malahan pihak karyawan menuntut bayaran kononnya royalti semasa saya bertugas di RTM kuching dan Miri,. Jika diturut hati, rasanya hendak boycott saja lagu-lagu mereka sekalipun saya sedar itu adalah hak.

Kenapa mereka tidak sedar mutu karya adalah penting dari wang?

Sudah terhantuk baru mengadah adalah kata-kata bahasa yang sesuai. Mereka mengeluh, menghantar memorandum, meluahkan rasa kesal kepada media dan pelbagai bantahan lain, dengan harapan stesen-stesen radio menyiarkan lagu-lagu ciptaan dan nyanyian tempatan.

Nasib mereka didengar Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim 23hb February 2010 yang mewajibkan semua stesen radio memutarkan lagu-lagu daripada album atau single terbaru artis tempatan untuk tempoh tertentu.

Dasar terbaru yang diumumkan oleh Rais juga sekali gus akan menjadikan perkara itu sebagai syarat pemberian lesen radio. Namun dirasakan adakah ini adil kepada pengusaha radio, berbanding jika menyiarkan lagu-lagu angarabangsa.

Pengusaha radio seolah-olah dipaksa membuat promosi sesuatu lagu ditambah wajib membayar royalti pula. Adakah ini adil? Atau adakah ini dianggap sebagai satu tanggungjawab?

Pihak kerajaan akan dilihat telah menunaikan tanggungjawab kepada karaywan tempatan, sebaliknya pengusaha radio akan merasai satu tekanan baru yang mungkin dianggap peraturan itu sebagai menyebelahi pihak industri muzik sahaja di mana yang untung ialah pihak taukey industri muzik itu sendiri, tetapi mutu / kualiti produk menjadi cincai dan tidak mempunyai martabat. Malahan artis pun hanyalah sebagai kambing hitam.